Tentang Kami

Harash Collections adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran 002240380-K dan mula beroperasi pada tanggal 13 June 2013. Pemilik kepada Harash Collections adalah Puan Aida Rahayu Mohd Badri sambil diberi sokongan penuh oleh suaminya Encik Ahmad Zulqurnain Ghazalli

Harash Collections adalah syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan "Islamic Couple T-Shirt" untuk digayakan oleh pasangan yang telah HALAL. Idea ini dicetuskan oleh Puan Aida Rahayu apabila melihat suatu kelompongan dalam industri T-Shirt Malaysia yang masih ketandusan baju T-Shirt sedondon yang mematuhi piawaian syariat.

Dengan kehadiran Harash Collections diharap mampu mewarnai industri T-Shirt negara dengan pelbagai design yang sweet dan bermanfaat untuk seluruh masyarakat. Semoga dengan sedikit usaha dari kami ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt.

Jazakumullahhu Khairan Kathiran!

2 comments:

Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

Semoga Harash Collection terus sukses dengan terhasilnya banyak rekaan koleksi yang baru dan menarik serta diluaskan lagi skop sasarannya kepada semua golongan.. ^_^
Daebak!

Harash Collections said...

Terima kasih diatas doanya. Insyaallah! ^_^