Cara Pembelian

Setakat ini kami di Harash Collections mempunyai 3 cara pembelian setakat ini :

1. Pre-order (Bai' Salam)

Cara ini adalah cara utama kami menjalankan perniagaan. Kami akan membuka Pre-order untuk design yang tertentu. Kebiasaannya kami akan buka selama seminggu untuk proses temtapahan. Setelah kami menerima tempahan termasuk bayaran penuh dari pembeli maka kami akan lakukan tempahan ke kilang. Kebiasaannya durasi pembuatan baju adalah 3-4 minggu. Oleh itu baju yang ditempah akan di pos selepas 3 atau 4 minggu selepas tarikh tutup pre-order. Oleh itu jika anda berminat dengan design kami anda perlu sentiasa mengikuti pekembangan kami di blog mahupun di Page Facebook kami

Nota : Pre-Order adalah salah satu sistem muamalat islam di mana pihak penjual mengambil order dan bayaran terlebih dahulu dari pihak pembeli. Muamalat ini dipanggil sebagai Bai' Salam. KLIK untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Bai' Salam


2. Order

Cara ini berlaku apabila kami umumkan bahawa kami ada lebihan stock dari pre-order yang sebelumnya. Hal ini kerana kebiasaannya kami menempah dari kilang lebih dari kuantiti tempahan yang kami terima. Setelah selesai proses penghantaran baju yang ditempah ketika pre-order maka akan ada sedikit lebihan stock. Oleh itu kami akan menjual baju-baju hasil dari lebihan stock ini. Namun harus diingat kebiasaannya lebihan stock ini ada dalam kuantiti dan saiz yang agak terhad

3. Jualan Gerai

Kadangkala kami akan membuka gerai ataupun booth di acara-acara yang kami rasakan sesuai. Anda perlu terus ikuti perkembangan kami untuk mengetahui pergerakan ke mana kami membuka gerai mahupun booth.

No comments: